HARGA PETROL RON97 TERKINI | CUKAI JUALAN TIDAK DIKENAKAN
HARGA PETROL RON97 TERKINI | CUKAI JUALAN TIDAK DIKENAKAN , Kerajaan tidak pernah mengenakan cukai jualan bagi pembelian petrol kerana tidak mahu membebankan rakyat.Cukai jualan bagi petrol adalah 58 sen seliter dan kerajaan tidak pernah mengutipnya daripada pengguna.Ketika menyangkal dakwaan sesetengah pihak bahawa harga petrol premium RON97 kini lebih murah berbanding RON95, beliau berkata mereka yang membuat dakwaan itu meninggalkan aspek cukai jualan apabila membandingkan harga pasaran sebenar kedua-dua gred tersebut.Pihak tersebut sengaja cuba mengelirukan rakyat dengan meninggalkan aspek cukai jualan terhadap RON97.
Harga pasaran sebenar bagi RON95 : sepatutnya RM3.18 yang mana subsidi kerajaan sebanyak 70 sen dan cukai jualan 58 sen ditambah pada harga di pam RON95 iaitu RM1.90 seliter.
Harga pasaran bagi RON97 : harga pasaran sebenar dengan cukai ialah RM3.38 (RM2.80 + 58 sen cukai jualan,harga di pam RON97 iaitu RM2.80 seliter.
Ini bermakna, katanya kerajaan bukan sahaja memberi subsidi bagi petrol RON95 tetapi juga tidak mengenakan cukai jualan terhadap petrol gred itu.Sehingga hari ini, harga petrol RON95 masih RM1.90 seliter, manakala RON97 pula turun 10 sen kepada RM2.80 susulan penurunan harga minyak mentah dunia.Harga RON97 tidak disubsidi tetapi ditentu mengikut harga pasaran dunia.Diharap rakyat faham bahawa apabila harga RON97 turun tidak bermakna harga RON95 juga turun.

"TERIMA KASIH KEPADA PENGUNJUNG YANG SENTIASA MENGHIDUPKAN PERKONGSIAN INI"
Category: Bajet 2012





