NWOHA ONYEKACHI SAH TINGGALKAN THE RED WARRIORS
NWOHA ONYEKACHI SAH TINGGALKAN THE RED WARRIORS ,Adat pertemuan yang tidak boleh disangkal oleh mana-mana pihak,setiap pertemuan , ada perpisahanya. Penyerang import Kelantan Nwoha Onyekachi dari Nigeria,yang mana sebelum ini bermain untuk Liga super 2012,digugurkan dan didaftarkan untuk beraksi dalam saingan Piala AFC,kini sah meninggalkan pasukan Kelantan FA ,dimana kontraknya bersama pasukan Kelantan tamat , selepas perlawanan pusingan kedua Piala AFC di antara Kelantan menentang Terengganu yang berlangsung di Stadium Sultan Muhammad IV.
Nwoha Onyekachi yang telah empat bulan bersama pasukan Kelantan FA,menamatkan aksi terakhirnya dalam saigan piala afc menentang Terengganu.
Persatuan Bola Sepak Kelantan ( KAFA ), kini mempunyai konsep tersendiri dalam meningkatkan kekuatan pasukan melalui kaedah pencarian bakat baru.KAFA akan melakukan penambahbaikan terhadap pasukan dengan melihat posisi mana yang lemah dan mendapatkan pemain baharu yang bersesuaian.Kelantan kini telah merangka pelan tindakan dengan melantik beberapa individu untuk melaksanakan tugasan pencarian bakat baru itu.Selain itu Kelantan juga sedang mencari pengganti pemain import baru dan berkemungkinan pemain import baru akan diuji bulan Jun di Kota Bharu.Pencarian ini bertujuan menguatkan jentera Kelantan dalam menghadapi saigan peringkat suku akhir Piala AFC 2012 yang dijadualkan bulan September.

"TERIMA KASIH KEPADA PENGUNJUNG YANG SENTIASA MENGHIDUPKAN PERKONGSIAN INI"
Incoming search terms:
- pengganti nwoha (10)
- daftar pemain baru liga super 2013 pusingan ke dua kemasukan bulan april (1)
Category: Sukan














