DOKTOR GUGURKAN 49,000 JANIN | BEROPERASI LEBIH 30 TAHUN

| April 6, 2012 | 0 Comments

DOKTOR GUGURKAN 49,000 JANIN | BEROPERASI LEBIH 30 TAHUN,Seorang doktor yang ditahan pada Mac lalu dipercayai pernah melakukan lebih 5,600 kes pengguguran, kata polis di Cilacap, Jawa Tengah.“Kami yakin jumlah itu mungkin meningkat. Beliau sudah menjalankan operasi itu lebih 30 tahun dan sudah menggugurkan lebih 49,000 janin sepanjang tempoh itu,” kata Ketua Polis Cilacap, Pesuruhjaya Kanan, Rudi Darmoko kepada wartawan di pejabatnya. Rudi yang dipetik akhbar The Jakarta Post berkata, penyiasatan terhadap doktor dan pakar sakit puan, Dr Rejani Djalal sudah selesai dan kes yang difailkan akan diserah kepada pendakwa.

Sembilan orang dinamakan sebagai suspek, termasuk pembantu Rejani dan beberapa pesakitnya.Rejani yang juga pakar di Hospital Pertamina Cilacap ditahan bulan lalu selepas polis menerima laporan bahawa beliau menjalankan perkhidmatan pengguguran di rumahnya.Polis berkata, pegawai menemui beberapa janin yang digugurkan di tangki septik di rumah Rejani.Seorang wanita berusia 22 tahun dari Purwokerto yang didakwa pesakit Rejani, memberitahu polis Rejani menggugurkan janinnya dalam prosedur mengambil masa sejam.Beliau menemui Rejani selepas mendapat saranan seorang rakan yang sebelum ini berjumpa doktor itu untuk gugurkan kandungan.

“Saya ke sana bersendirian. Saya memberitahunya bahawa saya mahu menggugurkan kandungan berusia dua bulan. Dia meminta upah 2 juta rupiah (RM666).

"TERIMA KASIH KEPADA PENGUNJUNG YANG MENGHIDUPKAN PERKONGSIAN INI"

Tags: , , , , , , , , ,

Category: Sosial

Leave a Reply