IRMA HASMIE NIKAH 1 JULAI 2012

| March 26, 2012 | 0 Comments

IRMA HASMIE KINI SAH BERGELAR ISTERI 29 JUN 2012

GAMBAR KAHWIN IRMA HASMIE

IRMA HASMIE NIKAH 1 JULAI 2012 ,Selepas mengikat tali pertunangan pada majlis yang serba sederhana pada petang Sabtu lalu, pelakon dan pengacara terkenal, Irma Hasmie mengumumkan bakal melangsungkan pernikahan dengan seorang anak Datuk, Reza Syah Azmeer Datuk Mohd Redzuan, 31, pada 1 Julai ini di Keramat Hall, Kuala Lumpur.

Irma dan Reza, seorang ahli perniagaan bertemu di kota Mekah ketika menunaikan umrah buat kali ketiga pada Februari dan dirisik oleh pihak keluarga lelaki pada 12 Mac lalu.“Alhamdulillah. Jodoh saya dan Reza adalah satu anugerah Allah S.W.T. dan saya sendiri tidak menyangka umrah kali ketiga ini menemukan saya dengan Reza yang turut menunaikan umrah pada masa itu.

“Walaupun perkenalan kami singkat, saya cukup senang bersama dengannya dan lebih menggembirakan apabila perhubungan ini direstui kedua-dua belah keluarga,” katanya yang ceria sepanjang majlis berlangsung.Pada majlis ini Irma mengenakan busana rona biru cair rekaan Hatta Dolmat.

Pelakon itu turut menerima sebentuk cincin berlian yang disarungkan oleh ibu Reza, Azizah Osman, serta tujuh buah dulang hantaran daripada pihak lelaki yang beruba set mandian, sepersalian pakaian, sejadah, manisan kurma, kek dan buah-buahan.

Manakala pihak perempuan pula membalas sebanyak sembilan dulang iaitu sireh junjung, buku-buku ilmiah, pencukur, sejadah, kek, manisan, sepersalinan pakaian dan set mandian.Dalam pada itu, majlis pertunangan itu turut dihadiri oleh keluarga kedua-dua belah pihak, teman rapat dan beberapa rakan artis.

TAHNIAH DAN SELAMAT PENGANTIN BARU,BUAT IRMA HASMIE DAN PASANGAN,SEMOGA KEKAL KE AKHIR HAYAT.

"TERIMA KASIH KEPADA PENGUNJUNG YANG SENTIASA MENGHIDUPKAN PERKONGSIAN INI"

Incoming search terms:

  • gambar kahwin irma hasmie (403)
  • gambar kahwin (131)
  • irma hasmie nikah (33)
  • tudung tunang (30)
  • gambar perkahwinan irma hasmi (16)
  • tudung nikah (11)
  • tudung irma (4)
  • tudung kahwin (2)
  • material tudung nikah irma hasmie (1)
  • trend tudung nikah 2012 (1)

Tags: , , ,

Category: Hiburan

Leave a Reply