SEJENIS GULA-GULA LOLIPOP MENGANDUNGI BAHAN KIMIA BAHAYA | AWAS BUAT ANAK-ANAK YANG MENGGEMAR LOLIPOP
SEJENIS GULA-GULA LOLIPOP MENGANDUNGI BAHAN KIMIA BAHAYA | AWAS BUAT ANAK-ANAK YANG MENGGEMAR LOLIPOP,Kerajaan mengenakan larangan bagi kemasukan sejenis gula-gula lolipop kerana dipercayai mengandungi bahan kimia berbahaya kata, Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai hari ini.Beliau berkata, pihak Kementerian telahpun meningkatkan kawalan di pintu masuk negara untuk menghalang kemasukan lolipop pendafluor itu.
“Bahan itu kini diletakkan pada tahap 5 iaitu pengimportannya diletakkan di bawah syarat kebenaran sebelum diletakkan pada tahap 6, di mana gula-gula berkenaan langsung tidak dibenarkan dibawa masuk,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Karnival Kesihatan ”Jom Sihat” di Kolej Tunku Abdul Rahman, Wangsa Maju hari ini.Beliau percaya lolipop itu dibawa masuk dari luar negara kerana serbuan pihak penguatkuasa Kementerian berdasarkan alamat pada pembungkus gula-gula itu, didapati alamat yang digunakan palsu.
Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) baru-baru ini menggesa kerajaan mengharamkan penjualan gula-gula lolipop pendafluor kerana didakwa mengandungi bahan kimia berbahaya.Presidennya, SM Mohamed Idris berkata, bahan kimia yang terkandung pada batang pendafluor itu sangat berbahaya dan menjadi kegilaan kanak-kanak.Menurut beliau, berdasarkan ujian oleh Institut Kebangsaan bagi Menguji Kebersihan dan Keselamatan Makanan di bawah Kementerian Kesihatan Vietnam, batang plastik lolipop itu mengandungi bahan seperti ftalat dan Poly Aromatic Carbon (PAH).PAH adalah sejenis bahan kimia yang bertoksik dan hanya digunakan untuk tujuan industri seperti mencairkan cat. Ia boleh menyebabkan kanser atau mutasi gen dalam manusia.

"TERIMA KASIH KEPADA PENGUNJUNG YANG SENTIASA MENGHIDUPKAN PERKONGSIAN INI"
Incoming search terms:
- Isu semasa kesihatan terkini (26)
- isu semasa tentang makanan (17)
- isu semasa makanan (12)
- isu kesihatan terkini (11)
- ISU SEMASA KESIHATAN 2013 (8)
- isu semasa berkaitan makanan (6)
- isu semasa terkini di Malaysia 2013 tentang kesihatan (5)
- isu-isu semasa tentang kesihatan (3)
- issu terkini tentang makanan (3)
- isu semasa keselamatan makanan (3)
Category: Kesihatan
























