BANTUAN RAKYAT 1MALAYSIA (BR1M) | HALAL UNTUK SEMUA PEMOHON LAYAK

| March 2, 2012 | 0 Comments

BANTUAN RAKYAT 1MALAYSIA (BR1M) | HALAL UNTUK SEMUA PEMOHON LAYAK,Mengulas isu BR1M,Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin menyangkal dakwaan pembangkang kononnya Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) adalah agenda Barisan Nasional untuk membeli undi rakyat.Menurut Muhyiddin yang juga Timbalan Pengerusi BN, dakwaan itu tidak berasas dan bermotifkan politik semata-mata.

“Tujuan kerajaan buat begini ialah untuk membantu mengurangkan belanja rakyat yang kurang berkemampuan. Jadi apa yg diberikan oleh kerajaan itu halal. Halal bagi Umno, halal bagi orang Pas, halal bagi semua rakyat yang layak menerimanya.Tapi kalau orang Pas kata haram, baik jangan terima, tapi kalau dalam majlis orang beri duit dia dulu yang naik pentas, bila hulur duit dia juga yang hulur tangan dulu. Jadi hukum halal haram dah tak ada bila naik pentas.

Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Said dan pimpinan negeri adalah antara 20,000 rakyat termasuk penerima bantuan yang diagihkan kerajaan negeri dan pusat termasuk penerima bantuan Sara Hidup Nelayan, bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat dan bantuan Persekolahan Murid oleh kerajaan negeri.Muhyiddin berkata amalan Pas yang mempertimbangkan sesuatu atas dasar politik dan bukan agama sebagaimana yang sering di suarakan mereka, membuktikan mereka sanggup berbuat apa sahaja untuk meraih sokongan.

"TERIMA KASIH KEPADA PENGUNJUNG YANG MENGHIDUPKAN PERKONGSIAN INI"

Tags: , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , ,

Category: Bajet 2012

Leave a Reply