PERSATUAN BOLA SEPAK KELANTAN (KAFA) | BAKAL MILIKI STADIUM SENDIRI BERNILAI RM 300 JUTA

February 27, 2012
By
PERSATUAN BOLA SEPAK KELANTAN (KAFA) | BAKAL MILIKI STADIUM SENDIRI BERNILAI RM 300 JUTA
0 votes, 0.00 avg. rating (0% score)
promosi Pakej Set Mini Pelamin Tunang RM 850 sahaja (sah sehingga akhir bulan)

tell your friends about #ChurpChurp and gets RM1! Join Us!

Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) bakal memiliki sebuah stadium sendiri di sebuah tapak yang dikurniakan Sultan Muhammad Ke-V di Bandar Baru Tunjong.

Presiden KAFA Tan Sri Annuar Musa berkata stadium itu, yang bernilai kira-kira RM300 juta, akan dibina secepat mungkin di tanah seluas kira-kira lapan hektar.

“Sultan Muhammad Ke-V telah berkenan untuk membenarkan tanah seluas kira-kira 40 hektar di kawasan Tunjong dibangunkan, termasuk membina stadium canggih seluas lapan hektar di mana reka bentuknya berdasarkan Stadium Cardiff City.

“Baginda juga bersetuju untuk melantik Syarikat Casamesra Sdn Bhd untuk membina stadium berkenaan berdasarkan reka bentuk yang diberikan oleh KAFA, selain itu, KAFA juga akan menguruskan mengenai pengurusan stadium berkenaan,” katanya ketika ditemui pada majlis penajaan Mamee-Double Deecker (M) Berhad kepada persatuan itu hari ini.

Pada majlis itu, Mamee-Double Deecker (M) Berhad memeterai perjanjian dengan KAFA dan menaja Akademi Al-Hambra Red Warriors (ARMY) dengan jumlah kira-kira RM200 ribu untuk program pembangunan bola sepak di Kelantan.

Annuar berkata stadium baru itu mampu menampung kira-kira 30,000 penonton pada satu-satu masa.

“Kita memerlukan sebuah stadium yang baru kerana stadium Sultan Muhammad Ke-IV sekarang uzur dan tidak dapat menampung jumlah penonton yang semakin meningkat,” katanya.

Kerajaan Kelantan sebelum ini berhasrat membina sebuah stadium dan kompleks sukan di Bukit Merbau Pasir Puteh, kira-kira 40 kilometer dari sini.

Bagaimanapun, sehingga kini proses pembinaan masih belum dilaksanakan.

Dalam perkembangan lain, ARMY yang dikendalikan bekas pengendali pasukanMyTeam, Bojan Hodak, berhasrat menghantar pelatihnya ke Jepun untuk menimba pengalaman.

Beliau berkata Jepun dipilih kerana negara matahari terbit itu menggunakan model kejurulatihan yang bersesuaian dengan Malaysia.

sumber : Kelate.net

"TERIMA KASIH KEPADA PENGUNJUNG YANG SENTIASA MENGHIDUPKAN PERKONGSIAN INI"

"INGINKAN INFO TERKINI? LIKE PAGE Sahabat Currentlife2uDotCom"

Incoming search terms:

  • persatuan bola sepak kelantan (kafa)
  • persatuan bola sepak kelantan
  • bolasepak kelantan
  • kelantan kafa
  • mu vs fulham-27/3/12
  • persatuan bola seo
  • stadium bolasepak kelanatan
  • persatuan bolasepak kelantan 2012
  • persatuan bolasepak kelantan
  • persatuan bola sepak kelantan 2012

Tags: (KAFA), Akademi Al-Hambra Red Warriors (ARMY), nilai stadium kira-kira RM300 juta, Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa), program pembangunan bola sepak di Kelantan, Stadium Cardiff City, Sultan Muhammad Ke-V di Bandar Baru Tunjong, Syarikat Casamesra Sdn Bhd

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

CommentLuv badge
WordPress SEO fine-tune by Meta SEO Pack from Poradnik Webmastera