PANGSAPURI RAKYAT RM35000 SEUNIT | HADIAH BUAT RAKYAT

| February 25, 2012 | 0 Comments

Pengumuman Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, mengenai harga Pangsapuri Rakyat di Sungai Putat, di sini, yang jauh lebih murah berbanding kos sebenarnya amat dialu-alukan pembeli.Sambil menyifatkan harga RM35,000 seunit berbanding kos sebenar RM148,000 seunit, sebagai hadiah tidak ternilai, ia juga bukti keprihatinan kerajaan terhadap golongan berpendapatan rendah.Seorang pembeli, Rahila Umar, 40, berkata, tawaran pembelian pangsapuri itu pada harga yang begitu murah oleh kerajaan membolehkannya sekeluarga memiliki rumah sendiri.

Menurutnya, sebelum ini, dia sekeluarga tinggal bersama ibu mertuanya di Durian Tunggal.Kami berpendapatan rendah, jadi tidak mampu memiliki rumah sendiri, walaupun hati memang inginkannya.Terima kasih kepada kerajaan, terutama Perdana Menteri kerana kini kami boleh memiliki rumah sendiri.Bagi Lim Siew Cheng, 43, peluang memiliki rumah sendiri adalah peluang yang tidak akan dilepaskannya.

“Harga rumah semakin mahal sekarang. Mana kami mampu membelinya. Dengan adanya tawaran pemilikan Pangsapuri Rakyat ini, sekurang-kurangnya impian mempunyai rumah sendiri tercapai.Dibina atas tapak seluas 4.18 hektar, projek pangsapuri berkenaan mempunyai enam blok lima tingkat yang disasarkan kepada golongan berpendapatan kurang RM2,500 seisi keluarga.Projek itu turut sedia empat unit pangsapuri orang kurang upaya (OKU) yang telah diubahsuai untuk keselesaan golongan berkenaan.Projek Perumahan Rakyat (PPR) di bawah Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan ini turut menyediakan kemudahan asas seperti dewan komuniti, tadika, lapan unit kedai, pejabat pengurusan, surau serta taman permainan kanak-kanak.

"TERIMA KASIH KEPADA PENGUNJUNG YANG MENGHIDUPKAN PERKONGSIAN INI"

Tags: , , , , , , , , ,

Category: Bajet 2012

Leave a Reply