KERAJAAN JAMIN BR1M UNTUK OKU DAN WARGA TUA

| February 19, 2012 | 0 Comments

DOWNLOAD borang rayuan, anda boleh gunakan link di bawah :

DOWNLOAD BORANG RAYUAN BANTUAN RAKYAT 1MALAYSIA (BR1M) 2012

Kerajaan memberi jaminan bahawa orang kelainan upaya (OKU) dan pesakit kronik termasuk yang terlantar di hospital mahupun di rumah tetap akan menerima wang Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) walaupun mereka tidak dapat hadir sendiri ke pusat-pusat agihan yang telah ditetapkan.

Mereka yang tidak dapat tampil ke pusat-pusat berkenaan kerana masalah kesihatan itu juga tidak akan sewenang-wenangnya dianggap menolak pemberian kerajaan tersebut.Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Dr. Awang Adek Hussin berkata, usaha untuk menyampaikan BR1M kepada rakyat yang menghadapi masalah kesihatan sedang diuruskan berdasarkan senarai nama penerima yang layak tetapi masih tidak menuntut wang sumbangan berjumlah RM500 itu.

“Pihak urusetia akan melaksanakan pendekatan mesra rakyat dengan menyampaikan BR1M ke rumah mereka. Bagaimanapun, mereka atau keluarga terdekat mesti melaporkan kepada urusetia di kawasan masing-masing dengan memberi alamat rumah yang tepat,” katanya kepada pemberita pada majlis penyampaian BR1M di Sekolah Menengah Kebangsaan Kubang Telaga di sini, semalam.Awang Adek berkata demikian ketika diminta mengulas kesulitan sebahagian penerima khususnya pesakit, OKU dan warga tua yang terpaksa dipapah oleh jiran dan saudara-mara untuk hadir ke pusat-pusat berkenaan bagi menerima bantuan itu.

DOWNLOAD borang rayuan, anda boleh gunakan link di bawah :

DOWNLOAD BORANG RAYUAN BANTUAN RAKYAT 1MALAYSIA (BR1M) 2012

UNTUK DOWNLOAD borang PERMOHONAN BR1M 2.0 anda boleh gunakan link :

BORANG PERMOHONAN BANTUAN RAKYAT 1MALAYSIA (BR1M) 2.0

PERMOHONAN BR1M 2.0

KEMASKINI PERMOHONAN BR1M 1.0

"TERIMA KASIH KEPADA PENGUNJUNG YANG MENGHIDUPKAN PERKONGSIAN INI"

promosi Pakej Set Mini Pelamin Tunang RM 850 sahaja (sah sehingga akhir bulan)

Tags: , ,

Category: Bajet 2012

Leave a Reply