KEROPOK LEKOR HERBA AWET MUDA | KEROPOK RASA TONGKAT ALI,KACIP FATIMAH,MANJAKANI

| February 9, 2012 | 0 Comments

Yayasan Pembangunan Keluarga (YPU) Terengganu dengan kerjasama Sidratul Corporation Sdn Bhd akan mengeluarkan keropok lekor dan keping yang diadun dengan pelbagai tumbuhan herba.Ketua Pegawai Eksekutif YPU Azmi Razik berkata langkah tersebut sebagai antara usaha membawa keropok Terengganu menembusi pasaran antarabangsa.Keropok tersebut akan terasa tongkat ali, kacip fatimah, manjakani dan lain-lain tumbuhan herba untuk awet muda yang akan diadunkan sebagai salah satu bahan untuk membuat keropok.

Beliau berkata keropok terbabit dijangka dapat dikeluarkan selewat-lewatnya pertengahan tahun ini.Azmi sebelum itu mewakili YPU menandatangani memorandum persefahamanCdengan Sidratul Corporation yang berpangkalan di Kuala Kangsar, Perak.Menerusi MoU itu, YPU dan Sidratul Corporation akan membuat penyelidikan bagi menghasilkan keropok yang lebih berkualiti, sesuai untuk pasaran antarabangsa.Sementara itu, Pengarah Sidratul Enterprise yang mewakili Sidratul Corporation, Ahmad Tajuddin Arshad berkata syarikat itu juga akan menyediakan khidmat nasihat dan bimbingan kepada YPU dalam usaha menembusi pasaran antarabangsa.Sidratul juga merancang untuk membuka cawangan di negeri ini bagi membantu usahawan tempatan.

"TERIMA KASIH KEPADA PENGUNJUNG YANG MENGHIDUPKAN PERKONGSIAN INI"

promosi Pakej Set Mini Pelamin Tunang RM 850 sahaja (sah sehingga akhir bulan)

Tags: ,

Category: Sosial

Leave a Reply