DAPATKAN BORANG PERMOHONAN SKIM AMANAH RAKYAT 1MALAYSIA (SARA 1M) DI BANK TERPILIH

| January 30, 2012 | 0 Comments

DAPATKAN BORANG PERMOHONAN SKIM AMANAH RAKYAT 1MALAYSIA (SARA 1M) DI BANK TERPILIH,Kepada semua yang layak dan berminat untuk membuat permohonan SARA 1Malaysia, borang  boleh didapati di bank tempatan terpilih seperti  RHB Bank Bhd, Malayan Banking Bhd,Bank Simpanan Nasional Bhd (BSN) dan CIMB Bank Bhd bermulai hari ini 30 Januari 2012.Dimana tempoh permohonan adalah satu tahun.

Berikut adalah info berkaitan SARA 1M:

APAKAH Skim SARA 1Malaysia ?

Skim SARA 1Malaysia ini adalah bertujuan untuk menggalakkan penyertaan golongan berpendapatan rendah dibawah RM3000 untuk membuat pelaburan dan mendapat pulangan yang tetap pada setiap bulan.

BAGAIMANA CARA MEMOHON Skim Sara 1Malaysia?

Dapatkan borang permohonan Sara 1Malaysia di salah satu cawangan bank-bank terlibat iaitu Maybank, RHB, CIMB dan BSN mulai 30 Januari 2012.
Borang-borang yang telah lengkap diisi berserta dokumen yang berkenaan hendaklah diserahkan kepada pihak bank untuk disemak dan dipertimbangkan.
Jika anda berjaya, pihak akan menghubungi sendiri anda

SYARAT KELAYAKAN PERMOHONAN SARA 1M

  • Permohonan Skim Sara 1Malaysia ini terbuka warganegara Malaysia berumur antara 18 hingga 58 tahun
  • Pendapatan kasar isi rumah pemohon mesti berada dilingkungan antara RM500 hingga RM3,000.
  • Pemohon tidak pernah muflis sepanjang tempoh pembiayaan pinjaman
  • Pemohon dan/atau pasangan tidak memiliki pelaburan di dalam mana-mana unit amanah ASNB ATAU; sekiranya ada, jumlah pelaburan terkumpul bersamaan atau kurang dari RM10,000
  • Pemohon dan /atau pasangan tidak menerima bantuan dari skim-skim khas lain Kerajaan yang diuruskan oleh ASNB seperti Program Bantuan Pembangunan Rakyat Termiskin (PPRT), ASB Sejahtera dan ASW 2020 Bandar
  • Hanya salah seorang isi rumah yang layak memperolehi pembiayaan pinjaman
  • Permohonan diluluskan bagi pinjaman di satu bank sahaja

"TERIMA KASIH KEPADA PENGUNJUNG YANG MENGHIDUPKAN PERKONGSIAN INI"

promosi Pakej Set Mini Pelamin Tunang RM 850 sahaja (sah sehingga akhir bulan)

Tags: , , , , , , , , , , , , , , , , , , , ,

Category: Bajet 2012

Leave a Reply

Sex Chat Live Jasmin WP-Clear 3.0 Theme