BARISAN PEMAIN IMPORT SUPER WARRIORS BAKAL DIROMBAK | PRESIDEN PERSATUAN BOLA SEPAK KELANTAN (KAFA) TAN SRI ANNUAR MUSA

| January 19, 2012 | 0 Comments

Kelantan bakal merombak barisan pemain importnya selepas penyerang muda Danny Antwi gagal menyerlah dalam tiga perlawanan Liga Super yang lalu.

Tan Sri Annuar Musa,Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan, (KAFA) menyatakan seorang lagi pemain import dari Nigeria, Obinna Nwaneri bakal diuji Kelantan untuk memperkuatkan barisan pertahanan.

Ia berpunca daripada kegagalan Antwi untuk menyerlah dan dengan usia Antwi masih muda iaitu 19 tahun belum untuk pemain kelahiran Ghana itu menyerap tekanan di atas padang.

“Kelantan sebagai juara bertahan tidak boleh beraksi buruk hanya kerana pemain import yang beraksi dibawah tahap sebenar.

“Saya mengakui masalah pemain import ini bukan sahaja dihadapi Kelantan sahaja, negeri lain pun sama. Ini kerana kita tidak tahu mutu yang sebenar,” katanya.Annuar berkata, bekas pemain kebangsaan Nigeria itu akan tiba di Kota Bharu minggu depan untuk menjalani latihan serta perlawanan persahabatan.

Sumber : Kelate.net

"TERIMA KASIH KEPADA PENGUNJUNG YANG SENTIASA MENGHIDUPKAN PERKONGSIAN INI"

Incoming search terms:

  • pemain baru kelantan 2013 (183)
  • pemain import baru kelantan 2013 (104)
  • permain baru kelantan 2013 (14)
  • bakal pemain import kelantan 2013 (12)
  • pemain baru kelantan bulan april (6)
  • pemain import kelantan bulan april 2013 (4)
  • bakal pemain kelantan april 2013 (3)
  • kelantan net pemain baru (2)
  • klate net 2013 (2)
  • barisan pemain kelantan bln april 2013 (2)

Tags: , , , , , , , , , , , , , , , , , ,

Category: Sukan

Leave a Reply