Healthy HPV : Soalan Lazim Mengenai Kanser Servik

| December 21, 2010 | 0 Comments

Salam & Selamat Sejahtera..

Pelalian HPV lindungi anak gadis anda dari jangkitan kanser servik..antara soalan yang dikupaskan bagi memberi keyakinan kepada ibubapa bahawa pengambilan HPV ini adalah penting dan selamat.

1. APAKAH KANSER SERVIK?
Kanser servik adalah kanser yang terjadi dibahagian pangkal rahim.Ia murupakan kanser yang ketiga paling kerap dikesan dikalangan wanita,selepas kanser payudara dan kolorektal.Dianggarkan 1500 wanita negara ini mendapat kanser servik setiap tahun dan ia juga menyumbangan 6% kematian dikalangan wanita.


2. APAKAH HUMAN PAPILLOMA VIRUS (HPV) ?
HPV adalh penyebab utama kanser servik.Dimana setiap wanita berisiko dijangkiti HPV selepas berkahwin.


3. APAKAH PELALIAN HPV ?
Pelalian diberikan untuk mencegah kanser servik akibat jangkitan HPV.Pelali ini diberi secara suntikan di lengan sebanyak 3 kali dalam tempoh 6 bulan mengikut jadual berikut:
SUNTIKAN PERTAMA- Tarikh pelalian pertama diberi di sekolah/klinik
SUNTIKAN KEDUA-       1 bulan selepas suntikan pertama
SUNTIKAN KETIGA-      6 bulan dari suntikan pertama


4. KENAPA ANAK GADIS 13 TAHUN SAYA PERLU MENDAPATKAN PELALIAN HPV ?
Anak gadis anda berisiko dijangkiti HPV,pelalian ini boleh melindunginya dari mendapat kanser servik dimasa akan datang.Pada masa ini juga kerajaan hanya memberi pelalian secara percuma kepada gadis 13 tahun.


5. DIMANA ANAK GADIS SAYA BOLEH MENDAPATKAN PELALIAN HPV ?
Jika anak gadis anda bersekolah,pelalian akan diberikan di sekolah,jika tidak bersekolah,boleh dapatkannya di klinik kesihata kementerian kesihatan malaysia.


6. BAGAIMANA SEKIRANNYA ANAK GADIS SAYA TIDAK TERMASUK DALAM KUMPULAN SASAR INI UNTUK MENDAPATKAN PELALIAN HPV ?
Pelalian ini hanya diberikan kepada remaja perempuan yang bersekolah ditingkatan 1 atau berumur 13 tahun pada tahun semasa.bagi golongan yang tidak termasuk dalam golongan yang disasarkan,pelalian ini boleh didapati di klinik dan hospital swasta dengan kadar caj tertentu.


7. APAKAH PERANAN SAYA SEBAGAI IBUBAPA ATAU PENJAGA ?
Beri persetujuan bertulis untuk melayakkan anak anda menerima pelalian secra percuma.Pastikan anak anda melengkapkan 3 suntikan pelalian mengikut tarikh temujanji yang ditetapkan kerana 3 suntikan pelalian boleh memberi perlindungan optima untuk anak gadis anda dari jangkitan HPV.


8. SIAPA YANG AKAN MENBERI SUNTIKAN ?
Suntikan akan diberikan oleh anggota kesihatan yang bertauliah dan terlatih.


9. ADAKAH VAKSIN INI HALAL ?
Vaksin tidak mengandungi produk yang meragukan.


10. ADAKAH ANAK GADIS SAYA AKAN MENGALAMI MASALAH SELEPAS DISUNTIK ?
Pelalian ini adalah selamat.seperti pelalian lain,anak gadis anda mungkin mengalami sakit dan bengkak ditempat suntikan.Sekiranya anak gadis anda mengalami masalah lain akibat suntikan,sila dapatkan rawatan susulan di klinik atau hospital yang berdekatan.


11. ADAKAH PELALIAN INI AKAN MENYEBABKAN ANAK SAYA MANDUL ?
Tidak,pelalian ini tidak menyebabkan kemandulan.


12. APAKAH KEADAAN YANG TIDAK MEMBOLEHKAN ANAK GADIS SAYA DIBERI PELALIAN HPV ?
- Pernah mengalami kesan sampingan yang teruk setelah merima suntikan pertama atau suntikan kedua.
- Pernah mengalami alahan yang teruk dan perlu dirawat di hospital.
- Hamil.


13. APAKAH TINDAKAN SAYA JIKA ANAK SAYA TERLEPAS TARIKH TEMUJANJI PELALIAN HPV ?
Jika anak anda tidak sihat atau tidak hadir ke sekolah pada hari pelalian,tarikh temujanji baru akan diberi oleh anggota kesihatan.


UNTUK MAKLUMAT TAMBAHAN:- KLIK DISINI


Diharap dengan perkongsian ini dapat memberi manfaat kepada kita semua..


Moral: Bersama cegah kanser servik melalui pelalian HPV

"TERIMA KASIH KEPADA PENGUNJUNG YANG MENGHIDUPKAN PERKONGSIAN INI"

Category: Kesihatan

Leave a Reply