Bagaimana Mensyukuri Anggota Tubuh Badan Kita.

| December 16, 2010 | 0 Comments

Mensyukuri anggota tubuh yang diberikan oleh ALLAH S.W.T adalah meliputi 7 anggota yang penting,kenapa kita perlu mensyukuri nikmat ini,ingat ,kerana bila ALLAH menarikbalik nikmat yang diberinya ini,baru kita sedar bahawa susahnya hidup ini ..Antaranya nikmat anggota tubuh yang perlu disyukuri dan digunakan mingikut jalan ALLAH adalah:

1.MATA- Mensyukuri nikmat mata dengan tidak mempergunakannya untuk melihat hal-hal yang maksiat.

2.TELINGA-Digunakan hanya untuk mendengar hal-hal yang baik dan tidak untuk hal-hal yang tidak boleh didengar.

3. LIDAH- Dengan banyak mengucapkan zikir,mengucapkan puji-pujian kepada ALLAH S.W.T. dan mengucapkan nikmat-nikmat yang diberikan oleh ALLAH S.W.T.

4.TANGAN- Digunakan untuk melakukan kebaikan untuk diri sendiri dan orang lain.

5.PERUT-Digunakan untuk makan makanan yang halal/baik dan tidak berlebih-lebihan,sekadar menguatkan tubuh untuk beribadat kepada ALLA S.W.T.

6.KEMALUAN- Digunakan untuk yang diredhaidengan niat memelihara diri dari perbuatan yang haram.

7.KAKI- Digunakan untuk berjalan ke tempat-tempat yang baikseperti ke masjid,berhaji ke baitullah,mencari rezeki yang halal dan menolong sesama umat manusia.

STK.

Moral: Gunakanlah nikmat ALLAH ini dijalan yang betul dengan seikhlasnya..INSYAALLAH ada rezeki milik kita..aminn

"TERIMA KASIH KEPADA PENGUNJUNG YANG MENGHIDUPKAN PERKONGSIAN INI"

promosi Pakej Set Mini Pelamin Tunang RM 850 sahaja (sah sehingga akhir bulan)

Category: Agama

Leave a Reply